Monday, August 15, 2005

Hampir 1,000 sertai bantah ISA di Masjid Negara

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - Hampir 1,000 aktivis hak asasi manusia dan pemimpin politik menyertai perarakan membantah penahanan sembilan tahanan ISA yang kini menjangkau empat tahun.

Perhimpunan yang dimulakan di perkarangan Masjid Negara sebaik sahaja selesai Solat Jumaat tadi berakhir di Pejabat Suhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Turut menyertai perhimpunan itu adalah Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Noh Syed Ibrahim.

Turut serta adalah para pemimpin PAS Pusat dan Wilayah Persekutuan. Antaranya Salahudin Ayub, Ketua Pemuda PAS, Bendahari Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dan lain-lain lagi. Pagi tadi, rakyat Malaysia sekali dirayu sertai tunjuk perasaan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan diadakan selepas solat Jumaat petang ini di hadapan Masjid Negara.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Kerja Kempen Bebaskan Tahanan Empat Tahun ISA, Nashita Mohd Nor perarakan Aman itu diadakan sempena Kempen Bebaskan sembilan tahanan yang genap empat tahun ditahan ISA. Mereka adalah Ahmad Pozi Darman, Alias Ngah, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Solehan Abdul Ghafar, Mohd Luthfi Ariffin, Mohd Rafi Udin, Mohd Zulkifli Mohd Zakaria, Zainon Ismail dan Zid Sharani Mohd Isa.

Program itu adalah anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Pusat. Satu perarakan mengiringi isteri tahanan dibuat dari Masjid Negara ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) selepas berhimpun di Masjid Negara. -wn

0 Comments:

Post a Comment

<< Home